Selamat Datang ke IKEA Malaysia
Anda berada di > IKEA FAMILY > Terma & Syarat

Terma & Syarat

  1. Untuk mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY, anda mestilah tinggal di Malaysia dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh pendaftaran.
  2. Setiap orang boleh mendaftar dan memiliki 1 Kad Sementara atau Kad IKEA FAMILY pada satu-satu masa. Kad keahlian ini tidak boleh dipindah milik & hanya boleh digunakan oleh pemilik yang sah.
  3. Pemegang Kad Sementara perlu membelanjakan seminimum RM200* dalam 1 tahun dari tarikh pendaftaran untuk mengaktifkan keahlian penuh & tetap IKEA FAMILY. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan akaun dan semua Mata Bonus yang diperoleh dibatalkan.
  4. Untuk merekod urusniaga, menikmati Rangkaian/Keistimewaan harga FAMILY dan memperoleh MATA BONUS*, ahli mesti mengemukakan Kad Sementara atau Kad IKEA FAMILY di kaunter juruwang dan sebelum pembelian dilakukan.
  5. Tiada Mata Bonus atau Rangkaian/Keistimewaan harga FAMILY akan diberikan jika Kad Sementara atau Kad IKEA FAMILY yang sah tidak dikemukakan di kaunter juruwang ketika pembayaran.
  6. Setiap RM1 yang dibelanjakan di gedung IKEA melayakkan anda memperoleh 1 Mata Bonus. Untuk ahli sementara, Mata Bonus yang diperoleh akan luput apabila keahlian Sementara luput. Untuk ahli Tetap, Mata Bonus yang diperoleh dalam tahun semasa akan luput 2 tahun kemudian pada 31 Disember. Contohnya:

    Mata yang diperoleh pada 15 Nov 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.
    Mata yang diperoleh pada 01 Jan 2013 akan luput pada 31 Dis 2015.
    Mata yang diperoleh pada 16 Mei 2013 akan luput pada 31 Dis 2015.
    Mata yang diperoleh pada 31 Dec 2013 akan luput pada 31 Dis 2015.
  7. Ahli boleh mula menebus dengan seminimum 500 Mata Bonus untuk mendapatkan baucar gedung IKEA FAMILY bernilai RM5. Penebusan baucar mesti dilakukan dalam beberapa 500 Mata Bonus. Setiap baucar sah selama 3 bulan daripada tarikh penebusan. IKEA tidak bertanggungjawab untuk mengembalikan Mata Bonus atau baucar yang telah luput.
  8. Setiap ahli mesti mengemukakan Kad IKEA FAMILY yang sah untuk menebus 2 kopi /teh dan 2 hidangan FAMILY berdiskaun di Restoran IKEA, sekali untuk satu hari. Pemegang kad Sementara hanya boleh menikmati keistimewaan ini pada hari pendaftaran sahaja.
  9. Apabila Kad Sementara atau Kad IKEA FAMILY seorang ahli hilang, dicuri atau terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi, ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada IKEA sama ada menerusi lama web IKEA FAMILY atau secara bertulis. Jika ini tidak dilakukan, IKEA tidak akan bertanggungjawab atas akibat dan kehilangan faedah dan/atau keistimewaan.
  10. IKEA Malaysia dan Ikano Handel Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap bahan yang dihantar kepada alamat salah yang diberikan oleh ahli IKEA FAMILY; dan kami juga tidak bertanggungjawab terhadap penerimaan yang tidak berjaya bagi surat yang dihantar kepada alamat yang diberikan atas apa jua sebab.
  11. Polisi Pemulangan' IKEA boleh digunakan untuk semua pembelian yang dilakukan oleh ahli. Jika seorang ahli meminta bayaran balik atau memulangkan apa-apa barangan yang telah mendapat Mata Bonus, nombor Mata Bonus yang bersamaan dengan barangan yang dipulangkan akan ditolak daripada akaun ahli. Ahli perlu mengemukakan Kad IKEA FAMILY apabila melakukan pembayaran balik belian di Penukaran dan Pemulangan.
  12. Jika ahli memulangkan barangan yang merupakan sebahagian daripada urusniaga digunakan untuk pengaktifan keahlian penuh, IKEA berhak untuk meminta pembelian tambahan dilakukan dalam tempoh 30 hari untuk memenuhi kriteria keahlian penuh. Kegagalan melakukannya boleh menyebabkan keahlian dibatalkan. Dalam kes sebegini, semua Mata Bonus akan dibatalkan dan permohonan semula keahlian bergantung kepada kriteria kemasukan yang ada.
  13. Kad Sementara dan Kad IKEA FAMILY diisukan oleh & kekal sebagai hak Ikano Handel Sdn Bhd. Ikano Handel Sdn Bhd berhak untuk menolak pengeluaran kad baharu atau membatalkan kad yang sedia ada pada bila-bila masa. Ikano Handel Sdn Bhd berhak untuk mengubah mana-mana keadaan operasi program IKEA FAMILY atas sebab yang munasabah tanpa notis awal.
  14. Sebab yang munasabah termasuklah apa-apa penyalahgunaan atau percubaan untuk menyalahgunakan program IKEA FAMILY; penggunaan atau percubaan untuk menggunakan Kad Sementara atau Kad IKEA FAMILY secara bertentangan dengan terma dan syarat; dan perlakuan mencurigakan atau ketidakjujuran yang berkait dengan program ini.
  15. Pemprosesan data peribadi anda bergantung kepada Privasi Data Peribadi Ikano Handel Sdn Bhd seperti yang dipaparkan di IKEA.my. Jika anda memberikan sebarang maklumat peribadi kepada kami, anda memberikan kami kebenaran untuk menghubungi anda bagi tujuan pemasaran, yang mungkin termasuklah mesej melalui pos, SMS atau emel. Anda boleh menghentikan mesej pemasaran seperti ini pada bila-bila masa. Beberapa maklumat anda mungkin dikongsi bersama syarikat pihak ketiga yang menyediakan bantuan pemasaran atau analisis. Sila rujuk kepada Notis Privasi Data Peribadi untuk maklumat terperinci.

* Ini hanya untuk pembelian perabot, produk hiasan rumah, pembelian di Restoran IKEA, Bistro IKEA dan pembelian produk Kedai Khas Makanan Sweden. Ia tidak temasuk pembelian IKEA Gift Card, atau pun perkhidmatan penghantaran/ pemasangan/ menjahit.