Ahli IKEA Family dan penjaga ahli småles di IKEA yang dihormati,

Notis privasi untuk data peribadi ini (“Notis Privasi Data Peribadi”) dikeluarkan kepada semua ahli IKEA Family dan penjaga ahli småles Ikano Handel Sdn Bhd (“IKEA”, “kita” dan “kami”) yang dihormati, menurut dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Sepanjang anda dan/atau ahli småles berurusan dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda dan/atau ahli småles anda untuk tujuan berkomunikasi dengan anda dan/atau ahli småles anda, menyediakani produk dan/atau perkhidmatan kepada anda dan/atau ahli småles anda, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda dan/atau ahli småles anda, memberi anda dan/atau ahli småles anda maklumat terkini tentang produk, perkhidmatan dan/atau promosi yang ditawarkan oleh IKEA dan pihak ketiga yang terpilih, mengenal pasti anda dan/atau ahli småles anda (termasuk menyiarkan nama dan gambar anda dan/atau ahli småles anda) apabila anda dan/atau ahli småles anda menjadi pemenang dalam peraduan, pertandingan dan/atau semasa anda dan/atau ahli småles anda menyertai sebarang acara/aktiviti yang dianjurkan oleh kami serta tujuan-tujuan lain yang kami perlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami sepertimana yang tertera di Polisi Privasi Data Peribadi kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Data peribadi yang kami kumpul dan proses mungkin merangkumi data peribadi yang sensitif termasuk maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental subjek data, kepercayaan agama atau kepercayaan-kepercayaan lain yang serupa, atau data-data peribadi lain yang sensitif seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dari masa ke semasa.

Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda dan/atau ahli småles anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada IKEA Systems B.V., pemegang-pemegang francais IKEA lain dan syarikat berkaitan dan bersekutu kami, vendor, pembekal, rakan usaha sama/perniagaan, serta ejen dan/atau pembekal perkhidmatan dilantik oleh kami, sama ada di dalam ataupun di luar Malaysia, di mana perlu, yang memberi produk dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami, mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda secara sulit, kepada mana-mana pihak sepertimana yang tertera di dalam Polisi Privasi Data Peribadi kami, atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Dalam hal ini, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda ke luar daripada Malaysia ke pelayan penyimpanan dan pemprosesan data pelanggan pusat kami yang berada di luar negara dan berkongsi data peribadi anda dengan syarikat-syarikat berkaitan kami bagi Tujuan-Tujuan tersebut. Sesalinan Polisi Privasi Data Peribadi kami boleh didapati di sini.

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda. Sekiranya anda tidak menyediakan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi dan Polisi Privasi Data Peribadi kami, kami mungkin tidak dapat memberikan produk dan/atau perkhidmatan secara efektif kepada anda dan/atau ahli småles anda.

Kami akan memastikan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk memohon akses, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda yang disimpan oleh kami. Anda mempunyai hak untuk meminta kami mengehadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami menghentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda dan/atau ahli småles anda bagi tujuan pemasaran).

Setiap permohonan bertulis hendaklah dialamatkan ke:

  • Pegawai Perlindungan Data Peribadi
  • Alamat: IKEA Damansara
  • No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
  • 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
  • No.Telefon: +(603) 7952 7575
  • Alamat E-mel: dpo.my@ikano.asia

Dengan memberikan data peribadi anda dan/atau ahli småles anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda dan/atau ahli småles anda sepertimana yang tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda dan/atau ahli småles anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan setakat tarikh notis ini. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data anda dan/atau ahli småles anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi yang anda berikan kepada kami.

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberi data peribadi berkaitan individu lain (seperti pasangan anda, ahli keluarga anda atau pihak ketiga yang lain termasuk individu yang di bawah umur 18 tahun). Anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberi data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini.

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi Data Peribadi ini dan Polisi Privasi Data Peribadi kami dari masa ke semasa. Sebarang perubahan atau pindaan pada Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami akan dimaklumkan di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa pada data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi Data Peribadi atau Polisi Privasi Data Peribadi yang dipinda.

Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi Data Peribadi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Tarikh Notis Privasi Data Peribadi ini dikeluarkan: 28 Ogos 2020