Anda berada di > Terkini

Apa yang terkini di IKEA FAMILY

Menangi pakej perkahwinan bernilai sehingga RM8,930.
Sedang bersiap sedia untuk hari bahagia anda? Kami tahu perkahwinan impian anda bakal menelan belanja yang besar, jadi (sebagai ahli keluarga anda) kami ingin membantu anda meringankan beban melangsungkan perkahwinan.

Cara untuk menyertai:
  1.  Tulis ikrar perkahwinan yang pasti menggamit hati pasangan anda.
  2.  Hantarkan ke IKEAmarketing.my@ikano.asia bersama gambar anda dan pasangan anda yang paling manis, nama, nombor untuk dihubungi dan nombor keahlian IKEA FAMILY anda.
Jika anda salah seorang pemenang bertuah kami, kami akan menerbitkan ikrar perkahwinan anda dalam FAMILY News seterusnya, jadi anda boleh menyatakan kepada dunia mengapa pasangan anda adalah yang terbaik!

Tempoh peraduan: 1 Mei – 30 Jun 2013.

2x Hadiah Utama: Upacara Sivil di Civil Covershots Waterfront bernilai RM4,500* + 3H/2M Pakej Bulan Madu di Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa Cherating Pahang bernilai RM1,930** + IKEA Gift Card bernilai RM2,500.

2x Hadiah Kedua: 2H/1M untuk 2 orang di bilik Deluxe Suite di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi bernilai RM1,100 (dengan sarapan) + IKEA Gift Card bernilai RM1,000.

3x Hadiah Ketiga: 2H/1M untuk 2 orang di bilik Deluxe Suite di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi bernilai RM1,000 (bilik sahaja) + IKEA Gift Card bernilai RM500.

*Upacara termasuk penggunaan tempat Covershot Waterfront selama 3 jam (10pg-1tgh hari) untuk 30 orang termasuk pengantin perempuan dan pengantin lelaki, khidmat perancangan perkahwinan untuk upacara ini, solekan & penggayaan rambut untuk pengantin perempuan, kek cawan bertema, fotografi, hiasan, sistem bunyi dan mikrofon.

**Pakej termasuk penginapan hotel di Pool Villa 1 bilik tidur (bilik mewah pemandangan laut), Set sarapan Amerika harian (di dalam Villa), 01 makan malam disinari lilin, 01 minuman alu-aluan untuk 02 orang, bakul buah-buahan ketika ketibaan dan bunga di dalam Villa.



Cetakan halus:
Am
  • Peraduan ini hanya terbuka kepada ahli FAMILY IKEA Malaysia yang sah.
  • Untuk menyertai peraduan ini, peserta mesti memberikan nombor keahlian FAMILY 16 digit, emel dan nombor untuk dihubungi.
  • Setiap ahli FAMILY boleh menyertai peraduan ini sekali sahaja.
  • Pemenang akan dihubungi selewatnya 19 Julai 2013; melalui emel/nombor untuk dihubungi yang diberikan.
  • Pemenang perlu mengemukakan kad pengenalan dan kad IKEA FAMILY mereka ketika mengambil hadiah.
  • Ikano Pte Ltd berhak untuk membatalkan hadiah untuk mana-mana pemenang peraduan yang tidak menyediakan butir yang diminta ketika menerima permintaan/makluman.
  • Ikano Pte Ltd berhak atas budi bicaranya untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati mengubah proses penyertaan atau operasi Peraduan, yang melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat Peraduan.
  • Mungkin tertakluk pada terma & syarat lain.
Holiday Villa & Resort
  • Tempahan bilik mesti dilakukan terlebih dahulu di pejabat jualan Holiday Villa Hotels & Resorts Kuala Lumpur di talian: (03) 2162 2922.
  • Pengesahan bilik bergantung kepada ketersediaan.
  • Tidak sah pada/menjelang cuti umum dan ketika musim perayaan.
  • Peraduan ini tidak terbuka kepada pekerja dan saudara-mara Holiday Villa Hotels and Resorts, ejen dan sekutunya.
Covershots
  • Pakej upacara sivil tidak termasuk pembayaran untuk melantik pendaftar pada upacara tersebut dan khidmat permohonan. Ini adalah syarat JPN untuk pasangan memohon & menghantar permohonan mereka sendiri ke jabatan tersebut.
  • Pemenang mesti menuntut hadiah mereka selewat-lewatnya 30 Dis 2013.
  • Covershots akan membantu menasihat & mengarah pasangan ke jabatan yang betul di JPN, tetapi tidak bertanggungjawab untuk memastikan permohonan yang berjaya. Bayaran sebanyak RM500 akan dikenakan oleh Pendaftar Negara untuk permohonan yang berjaya. Sebagai alternatif, pasangan mempunyai pilihan untuk melantik jurunikah pada harga RM430.
      
 
 
 
 
Dapatkan 3x Mata Bonus Hari Lahir
Mulai Jun 2012, semua ahli tetap IKEA FAMILY akan mendapat 3x Mata Bonus untuk urusniaga pertama apabila membeli-belah di gedung IKEA pada bulan Hari Lahir anda. Untuk ahli yang sedia ada, jangan lupa aktifkan keahlian IKEA FAMILY anda dan kemaskini Tarikh Lahir bagi memastikan anda dapat menikmati keistimewaan ini. Kunjungi gedung untuk maklumat lanjut.