Palet monokrom untuk kehidupan ringkas

Kediaman Ahli, 12 Apr 2017

Melangkah masuk ke dalam kediaman Yasmin dan Hiermy, kami disapa oleh dekor istimewa hitam dan putih pasangan ini, serta anak lelaki kembar mereka - kanak-kanak dua tahun yang paling lincah yang pernah kita temui.

Photography Fauzi Anuear, Styling Biona Boon

Yasmin dan Hiermy kerap berjalan-jalan di bilik pameran IKEA semasa mereka bertemu janji dahulu, membayangkan masa depan mereka bersama-sama. Beberapa tahun kemudian, temu janji itu membuahkan satu ikatan kekal. Pasangan ini - kini ahli IKEA FAMILY - berpindah ke Seng Kang, apartmen empat bilik tidur, lebih setahun lalu dengan anak lelaki kembar seiras mereka, Mikail Izra. Sejak itu mereka menampilkan apartmen ini dengan wajah yang tersendiri yang sememangnya bergaya, tetapi dapat direalisasikan dan praktikal. Kami mendapatkan mereka bagi meluahkan rahsia mereka.

Ruang yang serba guna

"Saya suka mengubah-ubah benda, saya tidak suka benda yang kaku," kata Yasmin tentang ruang tamunya yang boleh diubah dalam sekelip mata. Sofa selalunya menghadap ke arah televisyen, tetapi bila tiba masa main untuk anak-anak, Yasmin dan Hiermy mengalihkannya ke tepi, memberi anak-anak mereka yang lincah itu lebih ruang untuk bergerak.

Sofa dua tempat duduk KLIPPAN RM689 W177×L199cm, H66cm


Mudah bergaya

Kerusi luar HOGSTEN merupakan kegemaran Hiermy, dan juga kabinet di bawah TV (tempat simpanan konsol permainan digitalnya.) Kerusi yang berpasangan dengan otoman, serta ditutupi dengan ambal bulu bebiri – faktor keselesaan yang menyaingi mana-mana kabana vila taman.

Kerusi HOGSTEN RM245 W75×D65, H42cm. Tempat duduk: W38cm×D48cm, H42cm, Kabinet IKEA PS RM249 W119×L126cm, H63cm.


Kehidupan semula jadi

Kelengkapan monokromatik diserikan lagi dengan percikan kehijau-hijauan daripada pokok hias rumah dan bantal alas berona terang. Hasilnya palet warna yang bergaya tapi sederhana. Rumah ini juga diterangi oleh pencahayaan semula jadi, yang menyerlahkan kontras yang ketara pada bahagian dalaman untuk menghasilkan wajah yang garang.

Masa main

Memberi ruang untuk kanak-kanak bermain dan pada masa yang sama memastikan barangan kekal kemas sememangnya memerlukan usaha, tetapi keluarga ini bersedia menghadapi cabaran. "Saya suka ruang dan anak-anak perlukan ruang, juga," kata Yasmin. Sebab itu bilik anak-anak selalunya kekal rapi, dengan mainan kegemaran mereka – buat masa ini, kedua-dua kembar sukakan mainan angkut semula – tersimpan di para-para mesra kanak-kanak dan peti poliester boleh dilipat. Tapi si kecil ini cepat membesar, dan Yasmin telah mula berfikir-fikir untuk melengkapkan bilik ini dengan katil dua tingkat yang menyeronokkan, seperti yang telah lama diidamkannya.

Peti mainan FLYTTBAR RM65.90 L57×D35, H28cm,
Peti mainan FLYTTBAR RM59.90 L35×W25, H15cm,
Meja dan 2 kerusi LATT RM99
W28×L63cm, H45. Tempat duduk: W28cm×28cm, H28cm.

Sambutan mesra

Keluarga ini menyekat bahagian di dalam rumah dengan letakan perabot. Dengan menempatkan sebuah bangku panjang dan ambal di pintu, mereka telah mengubah ruang masuk menjadi tempat untuk anak-anak mereka meninggalkan kasut dan beg sandang mereka sekembali dari sekolah. Para-para di atas bangku panjang menjadi unit hiasan yang serba guna – ada kalanya dihiasi dengan mainan kegemaran anak-anak atau lain-lain perhiasan kecil.

Bangku panjang VASTERON RM100 W109×D46cm, H44cm.

Menjalani Kehidupan Apartmen

Kediaman Ahli, 10 Oktober 2017

Reka bentuk bijak IKEA membolehkan Hasrul Wira menikmati hobinya di apartmen studionya yang aneh tetapi menarik.

Gambar Vamos Photography Pengayaan Biona Boon

Tempat kediaman bujang Hasrul Wira ialah tempat kediaman yang kita semua idamkan. Dilimpahi dengan rona warna jingga, kuning dan merah yang menyelesakan, ruang 700 kaki persegi itu dihiasi dengan unit pelbagai fungsi IKEA yang mengurangkan keselerakan, menyokong hobinya dan mewujudkan wajah bijak yang rapi pada apartmennya.

"Saya inginkan kediaman saya ada rasa santai yang tidak menjejaskan reka bentuk yang menarik," katanya yang berumur 30 lebih tahun yang baru sahaja memiliki seunit di kawasan yang mesra persekitaran ‘eco-dominum’ di Cyberjaya, Selangor.

Selepas meminta pandangan rakannya, Ahmad Nurfarhi Rosley, seorang pereka bentuk, Hasrul ke IKEA untuk memilih unit-unit tersebut. "Peminat tegar IKEA" yang mengaku dirinya pakar mengganggap seksyen AS-IS sebagai salah satu daripada seksyen kegemarannya di gedung. Ia memberi hayat baharu kepada perabot yang rosak, cacat atau dihentikan - dan banyak daripada barangan di kediaman Hasrul dipilih daripada seksyen AS-IS itu.

TEMPAT PERSEMBUNYIAN YANG BIJAK

Untuk membuat ruang apartmennya bagai disatukan bersama-sama, Hasrul menggunakan bayangan cermin, rona ambar, dan hiasan berbentuk tiga segi. "Saya suka simetri," he gelak – dan jelas sebab mengapa.

Unit di ruang tamu yang menjadi tajuk perbualan ialah dua pintu daripada almari IKEA yang digunakan untuk tujuan baharu – mempamerkan memorabilia kembaranya seperti peta, poskad, pas kereta api dan gambar. Kabinet peragaan FABRIKOR, terletak di tempat yang sama, mempamerkan lebih kepada apa yang diminatinya, antaranya figura daripada Star Wars dan Voltron, kartun cereka sains popular pada 1980an.

Untuk menjimatkan lebih banyak ruang, Hasrul menambah kabinet LIXHULT pada dinding ruang tamu. Kabinet tersebut digunakan terutamanya bukan sahaja sebagai penstoran, tetapi juga sebagai dekor – warna-warna yang sepadan dengan upholsteri dan kabinet.

Lampu meja SINNERLIG RM159 Ø18, T22cm. Kaca berkabut, gabus.
Kabinet LIXHULT RM60-RM120 Pelbagai warna dan dimensi. Logam.
Kabinet pintu kaca FABRIKOR RM599 L57xD47, T150cm. Merah coklat.

PENGHAYATAN RUANG

Di bilik tidur, Hasrul menempatkan katil betul-betul di tengah ruang. Ini membolehkan laluan dibuat di sekeliling katil, melengkung di sekeliling kerusi berlengan STRANDMON dan cermin KNAPPER sehingga ke bilik mandinya.

"Elakkan perabot besar dan pertimbangkan cara bagaimana menempatkan mempengaruhi pergerakan manusia," nasihatnya. Untuk membuat sesuatu ruang nampak lebih semula jadi, Hasrul membentangkan ambal yang panjang yang bertindak sebagai penanda arah dari satu bilik ke bilik yang lain.

Kerusi kepak STRANDMON RM699 L82xD96, T101cm. Kuning Skiltebo.
Cermin kekal KNAPPER RM169 L48xD51, T160cm. Putih.

AKTIVITI SANTAI

Di samping mengumpul figura, Hasrul yang bertangan dingin gemar menanam – dan dengan anjung yang bersaiz sederhana tidak bermakna dia tidak boleh menanam herba seperti selasih, pudina dan thyme. Muslihatnya? "Troli RASKOG", katanya. "Tanaman anda boleh ditindan secara menegak di atasnya."

Herba tersebut bukan untuk menunjuk-nunjuk. Hasrul ialah juga seorang cef yang mempunyai minat yang mendalam, dan menggunakannya dalam makan malam yang kerap bersama dengan rakan-rakan. Kerusi boleh dilipat IKEA, yang disembunyikan di belakang dan di bawah perabot, memberi dia pilihan tempat duduk tambahan apabila perlu. Dan unit terakhir yang menjadi teka-teki ramai ialah katil sofa serba guna HIMMENE. "Ada kalanya, tetamu rasa sukar untuk meninggalkan apartmen saya, dan mereka akan bermalam tidur di sofa," sambil tersenyum.

Troli RASKOG RM149 P35xL45, T78 cm. Merah/coklat.
Alas gelas IKEA 365+ RM4.90/2 unit Ø10 cm. Gabus.
Katil sofa tiga tempat duduk HIMMENE RM1,690 L200xD91, T92cm. Kuning air Lofallet.