Kami di sini untuk membuat kehidupan harian anda lebih baik.

Ada soalan untuk kami? Pilih topik di bawah.

  • 1. Pendaftaran Keahlian
  • 2. Pengaktifan Keahlian & Penamatan
  • 3. Kad Keahlian
  • 4. Mata IKEA FAMILY
  • 5. Baucar
  • 6. Komunikasi
  • 7. Tawaran Produk
  • 8. Lain-lain

    Pendaftaran Keahlian
  • 1.

    Bagaimana cara menjadi ahli IKEA FAMILY?

    Anda boleh mendaftar secara percuma untuk keahlian sementara di mana-mana kios IKEA FAMILY yang ada di dalam gedung atau dalam talian. Untuk mendaftar, anda perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun (berdasarkan tahun kelahiran) dan mempunyai nombor telefon bimbit tempatan dan alamat pos di Malaysia.

  • 2.

    Bagaimana saya ingin mendaftar jika saya tidak mempunyai nombor telefon bimbit tempatan?

    Dapatkan bantuan daripada mana-mana pekerja IKEA atau di kaunter Perhubungan Pelanggan. Kami masih memerlukan nombor telefon tempatan yang berfungsi untuk memproses permohonan anda.

  • 3.

    Mengapakah data peribadi saya perlu diambil?

    Ikano Handel Sdn Bhd mengumpulkan data peribadi ketika aktiviti hariannya dijalankan, dan hanya akan mengambil maklumat peribadi jika ia perlu untuk salah satu acara atau aktiviti kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Privasi Data Peribadi kami.

  • 4.

    Mengapa anda memerlukan begitu banyak data kami untuk mendaftar sebagai ahli?

    Untuk menawarkan anda pengalaman terbaik sebagai ahli IKEA FAMILY dan berkomunikasi dengan anda secara lebih peribadi, kami perlu mengumpulkan beberapa maklumat. Mengapakah kami memerlukan data tersebut?

    • Nombor kad pengenalan/pasport menyediakan pengenal unik untuk setiap ahli baru yang mendaftar. Ia juga menyediakan sumber untuk semakan keselamatan dan mengelakkan akaun berganda.
    • Maklumat untuk dihubungi membenarkan kami menghantar Kad FAMILY, notis penting dan bahan promosi kepada anda (anda boleh memilih untuk tidak menerimanya).
    • Tarikh Lahir membolehkan kami memberikan anda tawaran hari lahir, contohnya 3x Mata Bonus pada bulan hari lahir anda. Tarikh lahir juga berfungsi sebagai kata laluan log masuk anda.
    • Status Perkahwinan, Situasi Kehidupan, Saiz Isi Rumah dan Jenis Kediaman/Rumah membolehkan kami lebih memahami keperluan anda dan menghantar maklumat yang berkaitan kepada anda. Contohnya, jika anda tidak mempunyai anak, anda tidak akan menerima promosi berkait dengan produk kanak-kanak. Atau jika anda mempunyai 3 orang anak dan tinggal di dalam pangsapuri 4 bilik, anda mungkin memerlukan petua dan idea berkenaan penyelesaian storan.
    • Anda boleh memilih untuk tidak menyatakan pekerjaan anda jika anda tidak mahu mendedahkannya.
  • 5.

    Bagaimana cara saya mengakses/mengedit data peribadi saya di bawah program IKEA FAMILY?

    Anda boleh log masuk portal Ahli sama ada atas talian atau atau di mana-mana kios IKEA FAMILY menggunakan nombor keahlian 16-digit anda dan kata laluan. Kemudian anda akan mempunyai akses untuk melihat dan mengedit data peribadi anda.

    Pengaktifan Keahlian & Penamatan
  • 1.

    Bagaimanakah cara untuk membatalkan keahlian atau menarik balik data peribadi saya jika saya tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi?

    Anda boleh melengkapkan borang ini dan menghantarnya di sini atau emelkan kepada dpo.my@ikano.asia.

  • 2.

    Saya pernah menjadi ahli IKEA friends dan telah menerima kad IKEA FAMILY. Bagaimana saya mengaktifkannya?

    Untuk mengaktifkan keahlian IKEA FAMILY anda, hanya log masuk di kios dalam gedung atau klik di sini.

    Sila log masuk dengan nombor keahlian FAMILY 16 angka anda (ruang tidak diperlukan) dan Kata Laluan Sementara akan diberi dalam Surat Alu-Aluan.

    Sebaik sahaja anda log masuk, anda akan diminta untuk mengemaskini butir-butir peribadi anda dan menukar Tarikh Lahir anda. Itu akan menjadi kata laluan kekal anda.

    Jika pengaktifan kad dilakukan di dalam gedung, anda boleh menggunakannya dengan segera. Jika pengaktifan kad dilakukan dalam talian, anda hanya akan boleh menggunakannya pada keesokan hari di gedung IKEA.

  • 3.

    Saya pernah menjadi ahli IKEA FAMILY tetapi keahlian saya telah tamat. Apa yang patut saya lakukan?

    Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan untuk mengaktifkan keahlian IKEA FAMILY anda yang telah tamat. Anda juga boleh log masuk di kios IKEA FAMILY dan mengaktifkan keahlian anda yang telah tamat.

    Kad Keahlian
  • 1.

    Apakah perbezaan di antara keahlian Sementara dan keahlian Tetap?

    Keahlian sementara adalah percuma. Selepas pendaftaran, anda boleh menikmati harga lebih rendah ke atas produk terpilih di gedung IKEA, termasuklah 2x kopi/teh percuma dan hidangan berdiskaun di Restoran IKEA pada hari yang sama.
    Untuk menikmati keistimewaan penuh ahli, hanya belanjakan RM200 dalam setahun dan anda akan ditukarkan ke ahli tetap seumur hidup. Jika tidak, keahlian sementara anda akan luput selepas 1 tahun.

  • 2.

    Bilakah saya akan menerima kad baharu IKEA FAMILY dan ditukarkan kepada ahli Tetap?

    Apabila ahli Sementara telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam tahun pertama, status keahlian akan ditukarkan ke Tetap secara automatik.

    Pemprosesan kad IKEA FAMILY untuk ahli yang baru ditukarkan akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 8 minggu, selepas kami mengepos kad Tetap anda kepada alamat pos yang dinyatakan oleh anda.

    IKEA Malaysia dan Ikano Handel Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap kad dan bahan promosi yang dihantar ke alamat pos yang salah yang telah diberikan oleh ahli IKEA FAMILY; dan kami juga tidak bertanggungjawab terhadap penerimaan surat yang tidak berjaya ke alamat yang diberikan, atas apa jua sebab.

  • 3.

    Di mana boleh saya gunakan Kad IKEA FAMILY?

    Buat masa ini anda boleh menggunakan kad ini di gedung IKEA dan anda harus meleretkannya di kaunter bayaran setiap kali pembelian dilakukan.

  • 4.

    Apa yang terjadi jika saya terlupa membawa kad IKEA FAMILY saya ke gedung?

    Kad IKEA FAMILY ialah bukti sah untuk anda menikmati faedah-faedah. Mata Bonus dan harga ahli hanya boleh diberi jika kad Sementara IKEA FAMILY dikemuka pada juruwang sewaktu pembayaran dan telah berjaya diproses dengan mengimbas/meleret di mesin kami.

    Jika anda kehilangan kad IKEA FAMILY atau lupa membawanya, anda boleh mencetak gantian kad sementara sebelum ke pembayaran. Untuk ahli Kekal, anda boleh melaporkan Kehilangan Kad dan kad baru akan dipos kepada anda dalam masa 4 minggu.

    Walaupun anda boleh mengemukakan kad IKEA FAMILY anda kemudian bersama resit, kami tidak dapat mengkredit mata ke akaun anda untuk pembelian yang terdahulu. Oleh itu anda dinasihatkan agar sentiasa mengemukakan kad anda semasa pembayaran untuk mengelakkan daripada kecewa.

    Mata IKEA FAMILY
  • 1.

    Apa yang saya peroleh dengan menyertai program IKEA FAMILY?

    Selain menikmati harga rendah istimewa produk Rangkaian FAMILY dan Produk Nilai Hebat terpilih setiap bulan, anda akan mendapat 1 Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di gedung IKEA. Mata Bonus yang diperolehi semasa keahlian Tetap akan luput 2 tahun dari tahun berkenaan pada 31 Dis. Sebagai contoh:

    Mata yang diperolehi pada 15 Nov 2011 akan luput pada 31 Dis 2013.
    Mata yang diperolehi pada 01 Jan 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.
    Mata yang diperolehi pada 16 Mei 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.
    Mata yang diperolehi pada 31 Dis 2012 akan luput pada 31 Dis 2014.

    Mata Bonus yang diperoleh semasa keahlian Sementara akan luput 1 tahun daripada tarikh pendaftaran anda.

  • 2.

    Adakah situasi di mana saya tidak dapat menggunakan Kad IKEA FAMILY saya untuk memperolehi mata?

    Ya, pembelian IKEA Gift Card, urus niaga berkenaan penghantaran, pemasangan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat luar tidak akan direkod atau memberikan anda Mata Bonus.

  • 3.

    Apa yang boleh saya lakukan dengan Mata Bonus saya?

    Anda boleh menebus seminimum 500 Mata Bonus untuk mendapatkan baucar gedung IKEA FAMILY bernilai RM5 yang boleh digunakan pada pembelian anda yang seterusnya untuk menikmati rebet. Penebusan baucar harus dilakukan setiap 500 Mata Bonus. Setiap baucar sah 3 bulan daripada tarikh penebusan.

  • 4.

    Bagaimana saya mendapatkan 3x Mata Bonus Hari Jadi saya?

    Manfaat ini hanya diberikan kepada ahli Tetap IKEA FAMILY; dapatkan 3x mata IKEA FAMILY ke atas pembelian pertama yang dibuat di salah satu gedung IKEA, Restoran IKEA, Bistro atau Kedai Khas Makanan Sweden pada Bulan Hari Lahir anda.

    Jika pembelian pertama yang dibuat pada Bulan Hari Jadi anda dan anda adalah Ahli sementara, anda tidak layak untuk promosi ini. 3x mata hanya akan dihadiahkan untuk pembelian pertama selepas anda menjadi ahli Tetap.

    Contoh: Tarikh lahir jatuh pada bulan Jun.
    Daftar untuk mendapatkan Keahlian sementara pada 2 Jun, buat pembelian RM250. Dapatkan 250 mata.
    Keahlian ditukar kepada Tetap.
    Buat pembelian yang lain pada 15 Jun, belanjakan RM100. Dapatkan 300 mata.

  • 5.

    Bagaimana cara untuk menyemak Mata Bonus yang telah dikumpulkan?

    Anda boleh menyemak baki Mata Bonus apabila anda log masuk ke laman web ini atau di mana-mana kios FAMILY di gedung. Baki Mata Bonus akan mengambil masa 24 jam daripada masa pembelian untuk dikemaskini di dalam sistem.

  • 6.

    Bolehkah saya memindah atau membawa ke hadapan Mata Bonus saya yang akan luput, atau memanjangkan tarikh luputnya?

    Tidak. Memindahkan Mata Bonus ke akaun kad yang berlainan, membawa ke hadapan atau memanjangkan tarikh luput tidak dibenarkan. Mata Bonus yang tidak digunakan dan luput tidak akan dikembalikan semula.

    Baucar
  • 1.

    Berapa lamakah tempoh sah baucar FAMILY?

    Baucar ini hanya sah selama 3 bulan daripada tarikh penebusan, tanpa mengira penebusan menggunakan Mata Bonus dilakukan di kios atau dalam talian. Gedung IKEA tidak bertanggungjawab terhadap penggantian baucar yang hilang atau luput.

  • 2.

    Bagaimana saya boleh menggunakan baucar FAMILY?

    Anda boleh menggunakan baucar FAMILY untuk pembelian perabot atau produk kelengkapan rumah di gedung IKEA. Sila ambil perhatian bahawa baucar ini tidak boleh digunakan di Restoran IKEA, Bistro, Kedai Khas Makanan Sweden atau perkhidmatan seperti penghantaran ke rumah, pemasangan, menjahit, dan pembelian Gift Card.

  • 3.

    Bagaimana menebus baucar gedung IKEA FAMILY saya?

    Jika anda mempunyai Mata Bonus yang mencukupi, anda boleh menebus baucar gedung IKEA FAMILY di mana-mana kios FAMILY di dalam gedung. Anda juga boleh log masuk di halaman ahli pada laman web ini dan menebus baucar. Ini adalah cara terbaik jika Mata Bonus anda hampir luput dan anda tidak dapat ke gedung untuk menebus baucar.

    Walaubagaimanapun, Mata Bonus akan ditolak secara automatik untuk baucar yang ditebus dalam talian dan kesahihan 3 bulan baucar tersebut akan bermula pada tarikh ini. Anda masih perlu mencetak baucar di kios FAMILY di gedung.

  • 4.

    Bagaimana jika baucar IKEA FAMILY saya tersalah letak atau saya tidak mencetaknya sebelum ia luput?

    Gedung IKEA tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan mana-mana baucar yang disalah letak. Penggantian tidak akan dilakukan. Pelanjutan tempoh luput untuk baucar yang telah luput atau tidak diambil juga tidak akan dilakukan.

    Komunikasi
  • 1.

    Bagaimanakah caranya untuk tidak menerima sebarang bentuk komunikasi daripada IKEA FAMILY?

    Kami ingin memaklumkan anda tentang promosi terkini dan acara ahli yang eksklusif. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu kami menghubungi anda, hanya pilih pilihan berhenti melanggan di dalam Emel atau SMS yang kami hantar kepada anda.
    Secara alternatifnya, anda boleh log masuk profil anda, dan mengemaskini kaedah komunikasi anda. Anda juga boleh menulis / mengemel kami terus.

  • 2.

    Bagaimana jika saya menukar alamat pos saya?

    Anda boleh log masuk ke laman web IKEA FAMILY dan menukar maklumat peribadi anda atau melakukannya melalui kios FAMILY di gedung.

    IKEA Malaysia dan Ikano Handel Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap bahan yang dihantar kepada alamat salah yang diberikan oleh ahli IKEA FAMILY; dan kami juga tidak bertanggungjawab terhadap penerimaan yang tidak berjaya bagi surat yang dihantar kepada alamat yang diberikan atas apa jua sebab.

  • 3.

    Saya seorang ahli IKEA FAMILY, tetapi tidak menerima sebarang tawaran melalui pos, emel atau SMS. Mengapakah perkara ini berlaku?

    Mungkin maklumat untuk dihubungi anda tidak tepat dan/atau tidak lengkap; atau mungkin anda telah memilih < Tidak > untuk semua jenis komunikasi.

    Sesetengah komunikasi hanya dihantar kepada ahli yang telah melakukan sekurang-kurangnya 1 pembelian dalam masa 12 bulan. Jangan lupa mengunjungi gedung IKEA secara tetap dan kemukakan kad IKEA FAMILY anda di kaunter bayaran.

    Tawaran Produk
  • 1.

    Bolehkah saya memulangkan produk daripada kedai IKEA FAMILY?

    Ya. Asalkan anda mematuhi semua polisi biasa pemulangan IKEA dan anda mempunyai resitnya. Sila tunjukkan kad IKEA FAMILY anda apabila melakukan pemulangan pembelian di Penukaran dan Pemulangan.

  • 2.

    Bolehkah saya membeli produk daripada kedai IKEA FAMILY jika saya terlupa membawa kad Sementara atau kad IKEA FAMILY?

    Ya, anda masih boleh membeli produk daripada kedai IKEA FAMILY, tetapi anda tidak dapat menikmati harga lebih rendah untuk ahli IKEA Family dan/atau memperoleh Mata Bonus. Anda juga tidak dapat menikmati minuman percuma atau hidangan FAMILY berdiskaun di Restoran IKEA.

    Sebagai alternatif, anda boleh log masuk di mana-mana kios IKEA FAMILY di dalam gedung dan mencetak kad keahlian gantian sebelum ke Bayaran.

  • 3.

    Apakah tawaran produk FAMILY?

    Produk FAMILY menawarkan barangan yang merupakan produk di dalam gedung IKEA pada harga yang dikurangkan secara eksklusif untuk ahli IKEA FAMILY (sama ada anda adalah pemegang Kad Sementara atau ahli tetap).

    Lain-lain
  • 1.

    Bagaimana cara untuk menyemak sejarah urus niaga beli-belah saya di gedung IKEA?

    Asalkan anda telah menggunakan Kad Sementara atau Kad IKEA Family di kaunter pembayaran gedung, anda boleh melihat urus niaga yang berlaku apabila anda log masuk ke laman web ini dalam masa 24 jam.

  • 2.

    Apakah keistimewaan yang boleh saya nikmati di Restoran IKEA?

    Untuk ahli FAMILY Tetap, hanya kemukakan kad IKEA FAMILY anda di kaunter pembayaran Restoran dan nikmati 2 kopi/teh dan 2 hidangan FAMILY berdiskaun.

    Untuk ahli FAMILY sementara, anda akan menikmati keistimewaan yang sama pada hari pendaftaran sahaja. Hanya kemukakan kad kertas FAMILY sementara anda di Kaunter Pembayaran Restoran. Anda akan menikmati keistimewaan ini pada setiap kunjungan apabila anda telah bertukar kepada keahlian tetap (dengan membelanjakan RM200 dalam setahun).


Tidak jumpa apa yang dicari?

Hantarkan soalan anda kepada rakan sekerja kami.

  • * invalid 16-digit FAMILY Card No

  • * invalid email