Promosi 2x Mata Bonus IKEA Family 2024 - Terma & Syarat: (MY)

  1. Promosi ini sah untuk mana-mana ahli IKEA Family di gedung dan/atau pembelian dalam talian dari
    9 Mei hingga 4 Jun 2024.
  2. Promosi 2x Mata Bonus dikira sebagai tokokan pada pengiraan mata biasa.
  3. Contoh:

    1. Ahli membelanjakan sejumlah RM200. Mata biasa yang diperolehi (iaitu 200 mata) akan dikreditkan secara automatik ke akaun keahlian semasa pembelian.
    2. Mata Bonus sebanyak 200 (200 mata x1 bonus) akan dikreditkan ke akaun keahlian dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh tamat promosi.
    3. Secara keseluruhan, ahli memperoleh 400 mata.
  4. Mata bonus dihadkan pada 2,000 mata bagi setiap ahli
  5. Contoh:

    1. Ahli A - Jumlah perbelanjaan RM500 Ahli memperoleh 500 Mata Bonus.
    2. Ahli B - Jumlah perbelanjaan RM2,100: Ahli memperoleh 2,000 Mata Bonus dan bukan 2,100 Mata Bonus.
  6. Jumlah perbelanjaan akan di kira dalam tempoh promosi, tanpa mengira bilangan transaksi. Ini tidak termasuk semua urus niaga yang tidak sah, dan urus niaga berbalik (bayaran balik):
  7. Contoh:

    1. Ahli A - 3 resit dengan jumlah perbelanjaan terkumpul RM700 semasa tempoh promosi: Ahli A memperoleh 700 Mata Bonus.
    2. Ahli B - 5 resit dengan jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM2,500 semasa tempoh promosi: Ahli B memperoleh 2,000 Mata Bonus (mata maks.).
    3. Ahli C - 5 resit dengan jumlah perbelanjaan terkumpul RM1,200 dan telah dibayar balik RM700 semasa tempoh promosi: Jumlah perbelanjaan terkumpul Ahli C ialah RM500. Ahli C memperoleh 500 Mata Bonus.
  8. Kad keahlian IKEA Family atau eKad hendaklah dileret atau diimbas di kaunter bayaran di gedung atau dimasukkan semasa bayaran dalam talian bagi melayakkan diri memperoleh promosi 2x Mata Bonus IKEA Family.
  9. Promosi ini sah untuk pembelian di gedung dan dalam talian. Pembelian dalam talian layak jika status pesanan ditukar kepada 'Sedia untuk Penghantaran' semasa dalam tempoh promosi.
  10. Tawaran mata promosi IKEA Family tidak terpakai untuk pembelian Gift Card dan pembelian perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad pada pemasangan dapur, jahitan, perancangan, penghantaran, pemasangan perabot) serta perkhidmatan Pengambilan dan Penghantaran yang diperoleh dan dibayar di iCounter.
  11. Mata promosi IKEA Family akan dikreditkan ke akaun ahli dalam tempoh 4 minggu dari tarikh tamat promosi.
  12. Ganjaran 3x mata hari lahir masih diguna pakai bagi transaksi pertama bulan hari lahir sama ada di gedung IKEA, gedung dalam talian IKEA, Restoran IKEA, Bistro ataupun Kedai Khas Makanan Sweden.
  13. Contoh:
    Bulan lahir ahli ialah bulan Mei:

    1. Transaksi 1 pada 15 Mei 2024 sebanyak RM500: Ahli memperoleh 1,500 mata (3x mata hari lahir)
    2. Transaksi 2 pada 20 May 2024 sebanyak RM450: Ahli memperoleh 450 mata.
    3. Semasa promosi ini, jumlah perbelanjaan terkumpul ialah RM950: Ahli berhak mendapat 950 mata tambahan (mata bonus).
    4. Secara keseluruhan, ahli memperoleh 2,900 mata untuk Mei 2024.
  14. Jika anda tertanya-tanya berapakah baki mata semasa IKEA Family anda, sila log masuk ke portal ahli
    di sini.
  15. Semua Terma & Syarat Program IKEA Family sedia ada terpakai. Untuk maklumat lanjut, sila layari
    di sini.
  16. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan yang dibuat oleh IKEA Family adalah muktamad dan surat menyurat tidak akan dilayan.
  17. IKEA Family berhak untuk menukar Terma dan Syarat yang dianggap sesuai tanpa notis awal.