Terima kasih kerana menghubungi kami

Kami di sini untuk membuat kehidupan harian anda lebih baik.

Ada soalan untuk kami? Pilih topik di bawah.

  1. Pendaftaran Keahlian
  2. Pengaktifan Keahlian & Penamatan
  3. Kad Keahlian / eKad
  4. Mata IKEA Family
  5. Komunikasi
  6. Tawaran Produk
  7. Pembelian Dalam Talian
  8. Lain-lain

Pendaftaran Keahlian

  1. Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli IKEA Family?

    Anda boleh mendaftar untuk keahlian percuma di mana-mana kios IKEA Family yang ada di dalam gedung atau dalam talian. Untuk mendaftar, anda perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun (berdasarkan tahun kelahiran) dan mempunyai nombor telefon bimbit tempatan dan alamat surat-menyurat di Malaysia.

  2. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar jika saya tidak mempunyai nombor telefon bimbit tempatan?

    Pelanggan boleh juga menggunakan nombor telefon bimbit Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Filipina untuk mendaftar. Jika tidak, sila temui mana-mana rakan sekerja IKEA atau kaunter Perhubungan Pelanggan untuk mendapatkan bantuan.

  3. Mengapakah data peribadi saya perlu diambil?

    Ikano Handel Sdn Bhd mengumpulkan data peribadi ketika aktiviti hariannya dijalankan, dan hanya akan mengambil maklumat peribadi jika ia perlu untuk salah satu acara atau aktiviti kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Privasi Data Peribadi kami.

  4. Mengapakah anda memerlukan begitu banyak data hanya untuk kami mendaftar sebagai ahli?

    Untuk menawarkan anda pengalaman terbaik sebagai ahli IKEA Family dan berkomunikasi dengan anda secara lebih peribadi, kami perlu mengumpulkan beberapa maklumat. Mengapakah kami memerlukan data tersebut?

    • Nombor telefon bimbit berfungsi sebagai pengenal unik untuk setiap ahli baharu yang mendaftar. Ia juga menyediakan sumber untuk semakan keselamatan dan mengelakkan akaun berganda.
    • Maklumat untuk dihubungi membenarkan kami menghantar Kad Family, notis penting dan bahan promosi kepada anda (anda boleh memilih untuk tidak menerimanya).
    • Tarikh Lahir membolehkan kami memberikan anda tawaran hari lahir, contohnya 3x Mata Bonus pada bulan hari lahir anda. Tarikh lahir juga berfungsi sebagai kata laluan log masuk anda.
    • Status Perkahwinan, Situasi Kehidupan, Saiz Isi Rumah dan Jenis Kediaman/Rumah membolehkan kami lebih memahami keperluan anda dan menghantar maklumat yang berkaitan kepada anda. Contohnya, jika anda tidak mempunyai anak, anda tidak akan menerima promosi berkaitan dengan produk kanak-kanak. Atau jika anda mempunyai 3 orang anak dan tinggal di dalam pangsapuri 4 bilik, anda mungkin memerlukan petua dan idea berkenaan penyelesaian storan.
    • * Anda boleh memilih untuk tidak menyatakan pekerjaan anda jika anda tidak mahu mendedahkannya.
  5. Adakah keahlian IKEA Family saya akan luput?

    Tidak, semua keahlian IKEA Family tidak akan luput.

Pengaktifan Keahlian & Penamatan

  1. Bagaimanakah cara untuk membatalkan keahlian atau menarik balik data peribadi saya jika saya tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi?

    Anda boleh melengkapkan borang ini dan menghantarnya di sini atau emelkan kepada dpo.my@ikano.asia.

  2. Saya pernah menjadi ahli IKEA friends, adakah saya perlu memohon semula untuk program keahlian IKEA Family?

    Ya, ahli IKEA friends perlu mendaftar untuk program IKEA Famliy untuk menikmati manfaat.

Kad Keahlian / eKad

  1. Bagaimanakah cara untuk saya mengakses eKad saya?

    Log masuk ke portal ahli dan klik pada tab "eKad" untuk mengaksesnya.

  2. Bilakah saya akan menerima kad baharu IKEA Family?

    Pemprosesan permintaan kad IKEA Family akan dilakukan dua kali setiap bulan dan akan mengambil masa 4 hingga 8 minggu. Contohnya, jika anda meminta pada bulan Mei, anda boleh menerima kad IKEA Family anda selewat-lewatnya minggu ke-4 bulan Julai.

    IKEA Malaysia dan Ikano Handel Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap kad dan bahan promosi yang dihantar ke alamat surat-menyurat yang salah yang telah diberikan oleh ahli IKEA Family; dan kami juga tidak bertanggungjawab terhadap penerimaan surat yang tidak berjaya ke alamat yang diberikan, atas apa jua sebab pun.

  3. Di manakah boleh saya gunakan kad IKEA Family dan eKad saya?

    Anda boleh gunakan kad IKEA Family/eKad anda di kaunter bayaran gedung IKEA, gedung dalam talian IKEA, Restoran, Bistro, Kedai Makanan Khas Sweden, Kafe IKEA.

  4. Apakah yang berlaku jika saya terlupa membawa kad IKEA Family saya ke gedung?

    Hanya log masuk ke portal ahli untuk mengakses eKad Family anda.

    Jika anda kehilangan kad IKEA Family anda, anda boleh melaporkan kehilangan kad anda dan memohon yang baharu untuk dihantar ke alamat surat-menyurat yang anda telah berikan.

  5. Apakah yang harus saya lakukan jika eKad saya tidak boleh diimbas di kaunter bayaran?

    Anda boleh menggunakan kad fizikal IKEA Family anda untuk meneruskan transaksi tetapi jika kad fizikal tidak ada pada anda, sila ke kaunter khidmat pelanggan kerana rakan sekerja kami boleh membantu anda selanjutnya.

  6. Jika saya bertukar daripada Android kepada iPhone, atau sebaliknya, adakah saya perlu menambah semula eKad saya? Bagaimanakah cara untuk menambah eKad saya?

    Ya, anda akan perlu menambah semula eKad anda. Hanya log masuk ke portal ahli untuk terus ke tab "eKad saya" untuk memohon pautan eKad baharu untuk dihantar ke alamat e-mel anda yang betul dan terus menambah eKad pada peranti anda.

  7. Jika saya kehilangan peranti saya, adakah apa-apa penyahaktifan diperlukan atau cukup dengan permohonon baharu untuk pautan eKad?

    Hanya log masuk ke portal ahli untuk mengaktifkan eKad anda dan terus ke tab "eKad saya" untuk memohon pautan eKad baharu untuk dihantar ke alamat e-mel anda yang betul.

  8. Saya tidak menerima e-mel dengan pautan eKad saya. Apakah yang harus saya lakukan?

    Pastikan alamat e-mel anda sah dan periksa folder spam/remeh pada e-mel anda. Jika masih tidak menerimanya. Sila tulis ke ikeafamily.my@ikano.asia untuk bantuan selanjutnya.

  9. Bolehkan saya menyimpan eKad saya pada pelbagai peranti?

    Ya, eKad boleh disimpan dalam pelbagai peranti.

  10. Bolehkah saya menggunakan eKad dan juga kad fizikal?

    Ya, eKad dan juga kad fizikal boleh diterima.

Mata IKEA Family

  1. Apakah yang saya peroleh dengan menyertai program IKEA Family?

    Selain menikmati harga rendah istimewa produk Rangkaian Family dan Produk Nilai Hebat terpilih setiap bulan, anda akan mendapat 1 Mata Bonus IKEA Family untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di gedung IKEA. Sebagai contoh:

    Mata IKEA Family yang diperoleh dalam tahun semasa akan luput 2 tahun kemudian pada 31 Disember. Contohnya:

    Mata yang diperolehi pada 15 Nov 2021 akan luput pada 31 Dec 2023.

    Mata yang diperolehi pada 31 Dec 2022 akan luput pada 31 Dec 2024.

  2. Adakah situasi di mana saya tidak dapat menggunakan Kad IKEA Family saya untuk memperolehi mata?

    Ya, pembelian IKEA Gift Card, urus niaga berkenaan penghantaran, pemasangan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat luar tidak akan direkod atau memberikan anda Mata Bonus.

  3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan mata IKEA Family?

    Dengan setiap 100 mata terkumpul, ahli IKEA Family boleh menolak selesai RM1 daripada pembelian mereka (Perbelanjaan minimum RM1) dengan serta-merta semasa membuat bayaran di gedung IKEA sahaja.

  4. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan 3x Mata Bonus Hari Jadi saya?

    Dapatkan 3x mata IKEA Family ke atas pembelian pertama yang dibuat di salah satu gedung IKEA, gedung dalam talian IKEA, Restoran IKEA, Bistro, Kedai Khas Makanan Sweden atau Kafe IKEA pada Bulan Hari Lahir anda.

    Bagi pembelian dalam talian, mata akan dikreditkan apabila status pesanan ialah 'Sedia untuk penghantaran' bukan pada tarikh pesanan. Jika pesanan dibuat secara fizikal di gedung antara tarikh 'Sedia untuk penghantaran' dan tarikh pesanan, pembelian tersebut sebaliknya boleh dianggap sebagai pembelian pertama bulan itu.

  5. Bagaimanakah cara untuk menyemak Mata Bonus yang telah dikumpulkan?

    Anda boleh menyemak baki Mata Bonus apabila anda log masuk ke portal ahli atau di mana-mana kios Family di gedung.

  6. Bolehkah saya memindah atau membawa ke hadapan Mata Bonus saya yang akan luput, atau melanjutkan tarikh luputnya?

    Malangnya tidak. Memindahkan mata IKEA Family ke akaun kad lain, bawa ke depan atau melanjutkan tarikh luput adalah tidak dibenarkan. Mata IKEA Family yang tidak digunakan dan tamat tempoh tidak akan dikembalikan.

Komunikasi

  1. Bagaimanakah caranya untuk tidak menerima sebarang bentuk komunikasi daripada IKEA Family?

    Kami ingin memaklumkan anda tentang promosi terkini dan acara ahli yang eksklusif. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu kami menghubungi anda, hanya pilih pilihan berhenti melanggan di dalam Emel atau SMS yang kami hantar kepada anda.

    Secara alternatifnya, anda boleh log masuk profil anda, dan mengemaskini kaedah komunikasi anda. Anda juga boleh menulis / mengemel kami terus.

  2. Bagaimana jika saya menukar alamat pos saya?

    Anda boleh log masuk ke laman web IKEA Family dan menukar maklumat peribadi anda atau melakukannya melalui kios Family di gedung.

    IKEA Malaysia dan Ikano Handel Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap bahan yang dihantar kepada alamat salah yang diberikan oleh ahli IKEA Family; dan kami juga tidak bertanggungjawab terhadap penerimaan yang tidak berjaya bagi surat yang dihantar kepada alamat yang diberikan atas apa jua sebab.

  3. Saya seorang ahli IKEA Family, tetapi tidak menerima sebarang tawaran melalui pos, emel atau SMS. Mengapakah perkara ini berlaku?

    Mungkin maklumat untuk dihubungi anda tidak tepat dan/atau tidak lengkap; atau mungkin anda telah memilih < Tidak > untuk semua kaedah komunikasi.

    Sesetengah maklumat hanya dihantar kepada ahli yang telah melakukan sekurang-kurangnya 1 pembelian dalam tempoh 12 bulan terakhir. Jangan lupa mengunjungi gedung IKEA secara tetap dan kemukakan kad IKEA Family / mengimbas eKad anda di kaunter bayaran.

Tawaran Produk

  1. Bolehkah saya memulangkan produk dari kedai IKEA Family?

    Polisi Pemulangan' IKEA boleh digunakan untuk semua pembelian yang dilakukan oleh ahli. Jika seorang ahli meminta bayaran balik atau memulangkan apa-apa barangan yang telah mendapat mata IKEA Family, nombor mata IKEA Family yang bersamaan dengan barangan yang dipulangkan akan ditolak daripada akaun ahli. Ahli perlu mengemukakan Kad IKEA Family/ eKad apabila melakukan pembayaran balik belian di Penukaran dan Pemulangan.

  2. Bolehkah saya membeli produk pada harga IKEA Family jika saya terlupa membawa kad IKEA Family saya?

    Tidak, anda tidak akan dapat menikmati harga IKEA Family tanpa kad IKEA Family.

    Walau bagaimanapun, anda boleh log masuk ke portal ahli untuk mengakses eKad anda.

  3. Apakah tawaran produk Family?

    Barangan tawaran produk Family ialah produk di gedung IKEA pada harga istimewa yang dikurangkan secara eksklusif untuk ahli IKEA Family.

Pembelian Dalam Talian

  1. Adakah saya akan memperoleh mata kesetiaan IKEA Family daripada pembelian dalam talian saya?

    Ya, peroleh 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Sila nyatakan nombor keahlian IKEA Family anda (16 digit) dalam halaman Alamat semasa anda membuat bayaran. Akaun anda akan dikreditkan dengan mata sebaik sahaja status pesanan anda 'Sedia untuk Penghantaran'.

    Sila ambil perhatian bahawa hanya kad IKEA Family yang dikeluarkan di negara sama bagi penghantaran akan layak untuk mata kesetiaan. Tertakluk pada Terma & Syarat IKEA Family.

  2. Bolehkah saya beli tawaran produk IKEA Family secara dalam talian?

    Tawaran produk IKEA Family tersedia ada di gedung IKEA (Damansara, Cheras, Tebrau dan/atau Batu Kawan). Untuk menikmati produk pada harga IKEA Family, sila kunjungi gedung terdekat IKEA anda!

  3. Ia bulan hari lahir saya. Adakah pembelian dalam talian saya layak mendapat 3x mata ganjaran hari lahir saya?

    Ya, 3x mata ganjaran akan dikreditkan ke pembelian dalam talian pertama anda apabila status pesanan anda ialah “Sedia untuk Penghantaran”. Walau bagaimanapun, jika sebarang pembelian dibuat secara fizikal di gedung antara tarikh “Sedia untuk Penghantaran” dan tarikh pesanan, pembelian tersebut sebaliknya akan dianggap sebagai pembelian pertama bulan tersebut.

Lain-lain

  1. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak sejarah transaksi beli-belah saya di gedung IKEA?

    Selagi anda mengemukakan kad IKEA Family / eKad anda di kaunter bayaran gedung, anda akan dapat melihat transaksi tersebut terakam semasa anda log masuk ke laman sesawang ini dalam masa 24 jam.

  2. Apakah manfaat yang boleh saya nikmati di Restoran IKEA?

    Hanya tunjukkan sekilas kad IKEA Family / eKad anda di kaunter bayaran Restoran untuk menikmati 2x kopi/teh percuma dan diskaun makanan Family.


Tidak jumpa apa yang dicari?

Hantarkan soalan anda kepada rakan sekerja kami.

Nama:

{{ form.name.errorMsg[0] }}

Nombor keahlian Family 16-angka:

{{ form.membershipNumber.errorMsg[0] }}

Emel:

{{ form.email.errorMsg[0] }}

Jenis Pertanyaan: