Titik di mana semuanya bermula

IKEA Family bermula di gedung di Linköping pada 1984 namun asas kelab ini telah pun bertapak sejak 1952, semasa Ingvar Kamprad menubuhkan 'Silver Club'

Dia menyedari akan betapa pentingnya dalam mewujudkan perhubungan jangka panjang yang kukuh dan berkekalkan bersama dengan pelanggannya, lantas dengan kelab inilah dia mengambil peluang untuk berkomunikasi secara terus dan mempelajari tentang pelanggan, apa yang mereka ingin dan perlukan.

Sejak Silver Club ditubuhkan, banyak yang telah berubah namun sebagai pelanggan, pandangan kami terhadap anda tetapi sama seperti pandangan Ingvar. Dalam program kesetiaan IKEA Family kami, anda sentiasa menjadi sumber inspirasi kami. Kami ingin mengenali anda, apa kegemaran anda, impian dan rancangan anda agar kami boleh memberi apa yang boleh IKEA tawarkan.

Kami mungkin bagai satu keluarga besar di dunia, namun kami berusaha tanpa jemu agar anda berasa kita seperti satu keluarga dan sudah tentu anda istimewa pada kami.

Ahli kami peroleh banyak lagi

Kami menganjarkan ahli yang berbelanja dengan kami, bahkan juga sangat menghargai mereka yang meluangkan masa bersama dengan kami. Seperti dalam mana-mana keluarga, kami percaya perhubungan yang sihat bermula dengan memberi. Kerana itu sebagai tanda terima kasih kami atas penyertaan anda sebagai ahli keluarga, kami menawarkan kelebihan ahli tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Kami juga berkongsi idea-idea kelengkapan rumah kami demi menawarkan anda inspirasi, nasihat dan sokongan. Seperti keluarga-keluarga lain, kami ingin melihat anda berjaya dalam mewujudkan rumah impian anda.

Ketahui selanjutnya tentang kelebihan >